Sumbangan Dawai BRC untuk Pekebun Kecil Kampung Pinolobu

6 Mac 2025
KOTA BELUD: Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Juin Kolod, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan dawai BRC kepada dua pekebun kecil dari Kampung Pinolobu, Kota Belud.
Sumbangan tersebut disampaikan kepada Inasar @ Nasa Kindagong dan Dainah Lumindan, dengan setiap penerima menerima dua gulung dawai BRC, menjadikan jumlah keseluruhan empat gulung.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu melindungi kebun sayuran mereka daripada gangguan ternakan seperti ayam dan haiwan lain. Diharapkan sumbangan ini dapat memudahkan usaha kedua-dua pekebun kecil ini dalam menguruskan kebun sayuran dengan lebih berkesan, sekaligus meningkatkan hasil pertanian serta kualiti hidup mereka.
Yorumlar