top of page
nabalunews

Sumbangan ikhlas sokong pelajar lanjutkan pengajian ke UNIMAS




15 Oktober 2024


SEPANGGAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) komited untuk menyokong golongan belia, khususnya mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Jihan Zairanni Sailesh, seorang pelajar dari Kampung Darau Menggatal, pada 12 Oktober lalu.


Sumbangan ini diberikan sebagai tanda sokongan kepada Jihan yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), dalam bidang Sarjana Muda Sastera Pengurusan Seni.


Datuk Wong yang juga Naib Presiden UPKO serta Ahli Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia, berkunjung ke Kampung Darau sejurus selesai menghadiri Program Pemantapan Parti bersama Datuk Marcus Mojigoh di Putatan pada sebelah pagi.


Beliau menyatakan rasa bangga atas pencapaian akademik Jihan sehingga diterima melanjutkan pengajian ke UNIMAS untuk mengejar cita-citanya.


Datuk Wong berharap Jihan akan mencapai aspirasinya dan semoga

sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan Jihan dalam memulakan kehidupan sebagai mahasiswa di UNIMAS selain menjadi dorongan agar Jihan terus berusaha mencapai kejayaan.


"Saya doakan agar adik Jihan berjaya mencapai cita-cita dan menjalani pengajian dengan cemerlang. Semoga sumbangan ikhlas ini dapat mempermudahkan urusan beliau untuk terus maju dalam pendidikan," ujar Datuk Wong penuh harapan.


Adalah diharapkan sumbangan seumpama ini bukan sahaja meringankan beban keluarga pelajar, malah dengan semangat dan sokongan yang diberikan, Jihan Zairanni Sailesh kini bersedia untuk memulakan perjalanan akademiknya di UNIMAS dengan membawa harapan keluarga dan masyarakat yang sentiasa menyokong dari belakang.

Comments


bottom of page