Sumbangan Penyelenggaraan Tabika Kemas Kampung Lasau Lama, Kota Belud
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

25 April 2025
KOTA BELUD: Staff Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Shainim Epin, hari ini mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN N11 Kadamaian, dalam majlis penyampaian sumbangan bertujuan menyelenggara Tabika Kemas Kampung Lasau Lama, Kota Belud.
Sumbangan tersebut merangkumi pelbagai barangan keperluan seperti cat, tikar, dan tiang pagar, yang diharapkan dapat meningkatkan kemudahan serta keadaan fizikal tabika tersebut. Majlis penyerahan berlangsung di pejabat ADUN N11 Kadamaian dan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lasau Lama, Judin Roslan.
Dalam ucapannya, Shainim Epin berharap agar sumbangan ini dapat menjadikan Tabika Kemas Kampung Lasau Lama lebih selesa dan kondusif sebagai tempat pembelajaran kanak-kanak di kawasan tersebut. Ia turut mencerminkan komitmen berterusan Datuk Ewon Benedick dalam memastikan setiap komuniti mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.
Judin Roslan, sebagai Pengerusi JKKK, turut menyampaikan penghargaan kepada pihak ADUN N11 Kadamaian atas bantuan yang diberikan dan berharap agar sumbangan ini dapat memperkasakan institusi pendidikan di kampung mereka.
Comments