Sumbangan Pertandingan Kejohanan 9 BALL & 8 BALL POOL Kampung Gensurai Kota Belud 2025

25 Mac 2025
KOTA BELUD: Pada 25 Mac 2025, Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan untuk Kejohanan 9 Ball & 8 Ball Pool Kampung Gensurai, Kota Belud 2025.
Sumbangan ini diterima oleh Vod Zanix Sidin, selaku penyelaras kejohanan, dengan tujuan untuk mempromosikan sukan billiard dalam kalangan masyarakat.
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 5 April hingga 11 Mei 2025, dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam setiap Sabtu dan Ahad, bertempat di Rumah Puan Iflin Juit, Kampung Gensurai, Kota Belud. Kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mencungkil bakat tempatan, tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan penduduk setempat.
Sebahagian daripada dana yang dikumpulkan melalui penganjuran kejohanan ini akan disalurkan kepada Jawatankuasa Penganjuran Pesta Kaamatan Kampung Gensurai 2025, bagi menyokong pelaksanaan acara tahunan tersebut. Dengan sokongan daripada semua pihak, penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan dalam kehidupan seharian.
Comments