Sumbangan Touchpoint Kelahiran di Kadamaian: rakyat sentiasa di hati pemimpin
8 November 2024
KOTA BELUD: Inisiatif sumbangan touchpoint kelahiran adalah antara usaha Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick melalui Pusat Khidmat ADUN Kadamaian untuk membantu masyarakat setempat dalam pelbagai aspek, termasuk kebajikan keluarga dan sokongan terhadap kelahiran anak-anak baru dalam komuniti.
Inisiatif itu diteruskan hari ini.
Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Somuil yang mewakili Ewon menyampaikany sumbangan touchpoint kelahiran kepada dua penerima yang berasal dari Kampung Talungan, Kota Belud, adik Kelvin Chole Moiri dan adik Gabriel Azeob Undian.
Sumbangan disampaikan kepada wakil penerima, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Talungan, Losuin Kolias.
Comments