Sumbangan Touchpoint kukuhkan hubungan pemimpin dan rakyat di Kadamaian
16 November 2024
KOTA BELUD: Inisiatif sumbangan touchpoint menunjukkan keprihatinan pemimpin terhadap kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dan rakyat di kawasan Kadamaian.
Inisiatif ini diteruskan pada Jumaat oleh Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Somuil yang mewakili Ewon untuk menyampaikan sumbangan Touchpoint Kelahiran kepada adik Sharif Ahmad Zidan Sharif Mohd Zulfikar dan sumbangan gotong royong bagi komuniti Kampung Nahaba yang disampaikan kepada Padis Mengisan Ketua Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Nahaba.
Pada Jumaat juga, Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin merangkap Pemaju Mukim yang mewakili Ewon menyampaikan Touchpoint Takziah kepada keluarga Tangulau Kabayan
yang diwakili Padis.
Comentarios