top of page

Sumbangan Untuk Baiki Jalan Desa Kambalu di Kadamaian

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read


25 April 2025


KOTA BELUD: Staff Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Shainim Epin, hari ini mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan dana untuk kerja-kerja baik pulih jalan di Desa Kambalu dan Jalan Sekolah SK Lasau Tintapon di sini.


Jalan-jalan yang terjejas merupakan laluan utama yang menghubungkan pekan dengan beberapa kampung berdekatan. Sumbangan ini bertujuan untuk pembelian bahan binaan seperti habuk batu dan simen, yang diperlukan untuk kerja-kerja tampalan jalan yang rosak akibat cuaca buruk dan penggunaan berterusan.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lasau Tintapon, Iminik Bin Sudaki, telah menerima sumbangan tersebut di pejabat ADUN N11 Kadamaian. Diharapkan, inisiatif ini dapat memperbaiki kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.


Shainim Epin berharap dengan pemberian ini, masalah jalan rosak dapat diatasi dengan segera, sekali gus memudahkan perhubungan antara kampung serta merancakkan pembangunan ekonomi setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page