Sumbangan untuk Pembuatan Baju Tradisional UPKO Wanita Melangkap Tiong

20 Februari 2025
KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, diwakili oleh Clarence Somuil, Pemaju Masyarakat UPPM, telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 2000 bagi tujuan pembuatan baju tradisional kepada Ahli Jawatan Kuasa Wanita Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Kampung Melangkap Tiong.
Sumbangan ini disampaikan atas nama Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian.
Wakil penerima sumbangan, Anita Abd Ganu, Bendahari Wanita UPKO Kampung Melangkap Tiong, menyambut baik bantuan ini dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu dalam mempromosikan dan memelihara warisan budaya tradisional melalui pembuatan baju-baju tersebut.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dan wakil rakyat dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan di peringkat akar umbi.
Comentarios