top of page
Wartawan Nabalu News

SURI RUMAH GEMBIRA DAPAT RUMAH BARU PPRT ATAS USAHA EWON


Ewon (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Lilyanna.

8 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Keluarga Lilyana Alin,42, dari Kampung Tambulion yang sebelum ini menumpang di rumah ibu bapanya amat bersyukur dan gembira kerana kini memiliki rumah sendiri.


“Saya sudah lama memohon rumah PPRT tetapi tidak berjaya, sebab itu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon atas usaha beliau membantu mempermudahkan permohonan keluarga saya mendapatkan rumah baharu yang lebih selesa.



“Sebelum ini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kerana tiada rumah sendiri. Saya hanya suri rumah dan suami saya bekerja sendiri sebagai penjual minyak di kawasan kampung untuk menampung keluarga,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Lilyana

Rumah bina baru Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina tahun lalu dan siap sepenuhnya hujung tahun yang sama atas usaha mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Ewon meluangkan masa mengunjungi rumah baru Lilyana, seorang daripada penerima Rumah PPRT di Kampung Tambulion dalam kawasan DUN Kadamaian, kelmarin.



Dalam kunjungan itu, beliau turut menyampaikan bantuan berupa barangan dan keperluan dapur untuk keluarga berkenaan.


"Saya gembira dapat membantu keluarga yang memerlukan bantuan dan kita akan terus berusaha membantu rakyat di kawasan Kadamaian, kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat kawasan ini,” katanya.



Rumah PPRT itu sudah siap sepenuhnya dan keluarga Lilyana akan berpindah apabila pemasangan meter elektrik siap dalam masa terdekat.



Comments


bottom of page