top of page

Suspek rogol anak tiri diberkas polis

nabalunews

Suspek perogol anak tiri diberkas polis di Kalabakan, semalam.

26 Januari 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol anak tiri berusia sembilan tahun dalam kejadian di kawasan Kalabakan, di sini, berjaya ditahan polis, kelmarin.


Lelaki berusia berusia 32 tahun ditahan kira-kira jam 6 petang susulan laporan polis dibuat bekas isterinya.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil maklumat diterima, suspek diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan yang menjalankan operasi di sebuah bangunan ladang.


Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian menimpa mangsa sejak beberapa bulan lalu dan suspek juga pernah mengugut bekas isterinya.


“Suspek mengugut akan mencederakan dan membunuh anak mereka sekiranya wanita itu melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa.


"Mangsa sebelum ini dijaga oleh bapa tirinya dan hanya menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya pada 20 Januari lalu," katanya dalam kenyataan, semalam.


Jasmin berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.


Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Sehubungan itu, Jasmin menyeru masyarakat supaya sentiasa peka terhadap isu keganasan domestik dan penderaan terhadap kanak-kanak.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah seksual disarankan segera membuat laporan polis untuk tindakan segera.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page