top of page
nabalunews

Suspek yang merosakkan mesin ATM Bank Rakyat telah tampil di Balai Polis Nabawan

28 Disember 2024


KENINGAU: Suspek yang merosakkan mesin ATM Bank Rakyat di pejabat TEKUN Nabawan telah tampil di Balai Polis Nabawan lebih kurang jam 7.00 petang pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai ketika dihubungi berkata, suspek tampil di Balai Polis Nabawan dengan bantuan Kpl Fredoline Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau.


Katanya, pengakuan awal suspek adalah mabuk teruk semasa kejadian.


"Hasil semakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah" katanya.


Walau bagaimanapun katanya, siasatan masih diteruskan.



Comments


bottom of page