top of page

Suzie turun padang beri sokongan program UPKO di Panaitan

nabalunews

18 November 2024


KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyokong penganjuran acara sukan termasuk di peringkat kampung kerana ia memupuk semangat perpaduan dan mengukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.


Sebagai sokongan kepada penduduk kampung Panaitan, Kota Marudu, Naib Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Suzie Salapan, merasmikan Program Bola Tampar anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Panaitan pada Ahad, 17 November lalu.


Dalam ucapannya, Suzie, yang juga Ketua Jawatan Kuasa Perhubungan Kawasan Pilihan Raya (CLC) Bandau Kota Marudu, menzahirkan sokongan penuh terhadap program tersebut.


Beliau menekankan objektif acara itu yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dan mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya di Panaitan.


Suzie turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, yang dipimpin oleh Robin Gumpil, atas kejayaan menganjurkan acara yang meriah ini walaupun dengan persiapan yang sederhana.


Beliau menyifatkan usaha seperti ini sebagai langkah penting dalam mencapai kesejahteraan, kesihatan dan memperkukuhkan semangat setiakawan antara masyarakat.


Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Jamil Majingkin, dan Ketua Pemuda UPKO Kota Marudu, Pillexson James, yang sama-sama memberikan sokongan kepada para peserta.


Suzie turut menghargai komitmen semua pihak, termasuk peserta dan masyarakat yang hadir, serta berharap program seperti ini diteruskan demi memperkukuh perpaduan rakyat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page