SYAIFUL RIZAL DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN BANK RAKYAT
4 Februari 2025
KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat berkata, pelantikan berkenaan dicadangkan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict.
Malah ia Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat turut mempersetuju perlantikan Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar YBR.
Perubahan pucuk pimpinannya itu adalah sebahagian daripada strategi penyusunan
semula dalaman organisasi itu.
Pelantikan Syaiful Rizal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dipercayai mampu mempertingkatkan prestasi, kecekapan dan integriti Yayasan Bank Rakyat.
Sepanjang perkhidmatan, Yayasan Bank Rakyat menerima pelbagai anugerah
antaranya Anugerah ‘Top Community Centric Companies in Asia’ di ACES AWARD
(2024) di Bangkok, Thailand; Anugerah ‘Foundation Of The Year’ Bagi Kategori
Perbankan (2022, 2023 & 2024); Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award di
Bumiputera Business Excellence Award (2023).
Yayasan Bank Rakyat juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang memperoleh markah penuh bagi setiap penilaian ketelusan yang telah dijalankan lebih dari 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact (2023).
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat meletakkan kepercayaan kepada
Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi ini di mana beliau mempunyai pengalaman
yang luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tangunggjawab sosial korporat.
Comments