Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth berada di paras rendah
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_15d66840c52c4681a42e28d8b09705c7~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_560,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/d65831_15d66840c52c4681a42e28d8b09705c7~mv2.jpg)
15 Februari 2025
KOTA KINABALU: Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan kelangsungan bekalan darah yang mencukupi bagi keperluan perubatan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasminya, pihak hospital memaklumkan stok darah bagi jenis A, B, AB, dan O berada pada paras yang rendah.
Katanya, sumbangan daripada para penderma amat diperlukan bagi menampung keperluan semasa.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_2381e779f0d94c80a7f7ad491ed5cd1e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1057,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/d65831_2381e779f0d94c80a7f7ad491ed5cd1e~mv2.jpg)
“Para penderma dimohon hadir ke tabung darah; Unit Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), atau mana-mana kempen derma darah bergerak yang berhampiran.
“Tabung Darah HQE I dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala hari Sabtu dan cuti awam dari 9 pagi hingga 3 petang,” katanya.
Menurutnya, bagi HQE II pula, waktu operasi adalah Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_1694f4b6c71d4ca3b18701f6474ec202~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1058,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/d65831_1694f4b6c71d4ca3b18701f6474ec202~mv2.jpg)
Katanya, pusat berkenaan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti awam.
“Selain itu, para penderma juga digalakkan untuk menyertai kempen derma darah bergerak yang dianjurkan di lokasi-lokasi terpilih.
“Jadual lengkap bagi kempen tersebut boleh didapati melalui laman Facebook BloodBank Kota Kinabalu.
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth di talian 088-324 600 (sambungan 2077/1011) pada waktu pejabat,” katanya.
Comments