top of page

APM bantu 14 calon ke SMK Tongod

nabalunews

Gambar APM Tongod.
Gambar APM Tongod.

2 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


KINABATANGAN: Seramai 14 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod, di sini, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), isnin ini, dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) .


Semua pelajar dari beberapa kampung itu dibantu oleh pihak berkuasa selepas terperangkap akibat banjir di kampung masing-masing.



Pegawai APM Tongod, Richcie Hezron berkata, calon SPM yang dibantu melibatkan enam pelajar dari Kampung Keramuak, lima dari Kampung Kuala Keramuak, dua dari Kampung Kenang-Kenangan dan seorang lagi dari Kampung Tenaga Baru, Tongod.


Katanya, semua pelajar ini dijadualkan akan menduduki kertas peperiksaan SPM pada esok (Isnin).

“Semua pelajar terlibat telah selamat dihantar menggunakan bot APM ke sebuah lokasi di Kampung Imbak,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page