top of page

Kejohanan Sukan Tahunan Ke-21 SJK(C) Chung Hwa Kota Belud Berakhir Gemilang

nabalunews

Oleh : Romie Stanley Deukin


19 Oktober 2024


KOTA BELUD: Kejohanan Sukan Tahunan ke-21 SJK(C) Chung Hwa Kota Belud berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Sukan Botung Kota Belud pada Jumaat, 18 Oktober lalu.


Acara balapan dimulakan seawal 8.30 pagi, menyaksikan empat pasukan rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Hijau, dan Biru bertanding dalam 14 kategori acara termasuk 80 meter, 100 meter, 4x50 meter, 200 meter, 400 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, lontar peluru, lompat jauh, dan tarik tali.


Rumah sukan Biru mengungguli kejohanan kali ini dengan mendominasi pungutan pingat sebanyak 30 pingat, terdiri daripada 13 emas, 8 perak, dan 9 gangsa, sekaligus memecahkan dominasi juara bertahan rumah sukan Hijau yang telah bertahan selama 15 tahun berturut-turut.


Adik Nathan Noel Ronald dinobatkan sebagai Olahragawan, manakala adik Iris Adelia Choo dinobatkan sebagai Olahragawati.


Puan Chin Nyok Yen @ Evolyn, Guru Besar SJK(C) Chung Hwa, dalam ucapan aluannya, menyatakan bahawa aktiviti sukan adalah penting di samping akademik.


Ia dapat meningkatkan semangat dan motivasi serta menonjolkan bakat-bakat atlet cemerlang untuk diketengahkan di peringkat zon, daerah, gabungan, negeri, dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.


Majlis penutupan kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tan Eng Ann, Timbalan Pengerusi Persatuan Chung Hwa Kota Belud, yang juga menerima penghormatan untuk menyaksikan acara perbarisan lintas hormat daripada semua rumah sukan sekolah, yang dimenangi oleh rumah sukan Biru.


Selain itu, acara pertandingan 4x100 meter yang melibatkan gabungan guru-guru dan ibu bapa bagi kategori lelaki dan perempuan turut diadakan untuk menyerikan lagi majlis.


Acara penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan menandakan penutup kejohanan sukan kali ini dengan penuh kegemilangan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page