Taklimat program transisi tahun satu 2.0 (PTTS) dan pendaftaran murid tahun satu di SK Kaung
nabalunews
17 Januari 2025
KOTA BELUD: Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung telah menganjurkan taklimat Program Transisi Murid Tahun Satu 2.0 (PTTS) yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan semasa melangkah ke alam persekolahan rendah.
Taklimat ini bertujuan untuk membolehkan para ibubapa untuk membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan membina keyakinan diri yang kukuh.
Dalam pada itu, pendaftaran murid tahun satu turut dilaksanakan semasa taklimat tersebut.
Comments