top of page

Tambunan lakar sejarah julung kali anjur pertandingan tarian singa sejak merdeka

  • nabalunews
  • 59m
  • 3 min read


JUARA...Victor (tengah) dan Ben Adner (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama Persatuan Tarian Naga & Singa Lee Kiong Sabah Johan Pertandingan Lion Dance High Pole Piala Dato Victor P. Paut 2025
JUARA...Victor (tengah) dan Ben Adner (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama Persatuan Tarian Naga & Singa Lee Kiong Sabah Johan Pertandingan Lion Dance High Pole Piala Dato Victor P. Paut 2025

25 April 2025


TAMBUNAN: Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Lion Dance High Pole Piala Dato Victor P. Paut 2025 yang diadakan di Dewan Masyarakat Tambunan, Sabtu ini.


Ia sekali gus melakar sejarah apabila buat julung kalinya pertandingan tarian singa dianjurkan di daerah ini sejak merdeka.


Dalam pertandingan itu, Persatuan Tarian Naga & Singa Lee Kiong Sabah muncul juara pertandingan itu selepas berjaya mengalahkan 20 pasukan lain.


Dengan kemenangan itu, Persatuan Tarian Naga & Singa Lee Kiong Sabah membawa pulang hadiah wang tunai RM5000, medal dan sijil penyertaan.


Naib Johan dimenangi pasukan Subang's Lion Dance Club daripada Penampang menerima hadiah wang tunai RM2000 serta medal dan sijil penyertaan. Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Persatuan Tarian Singa Naga Chung Seng Sabah menerima hadiah wang tunai RM1000 serta medal dan sijil penyertaan.


Kesemua hadiah berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Datuk Victor P. Paut yang juga merupakan penaja utama kejohanan berkenaan.


Pertandingan itu dianjurkan oleh Persatuan Tarian Naga dan Singa (Sheng Feng) (Hong Teik) dengan kerjasama Persatuan Tarian Naga dan Singa Hong Teik Malaysia.


18 pasukan lain yang menyertai kejohanan itu terdiri Persatuan Tarian Singa & Naga Hong Guan Sabah, Teo Chew Tawau Lion Dance Troupe, Persatuan Tarian Singa & Naga Kin Ket Sabah, Kelab Sukan dan Rekreasi Kg Tatahan Kionsom Inanam, Sabah Lim SiewThien Dragon & Lion Dance, Pertubuhan Kebudayaan Kesenian dan Kesukanan Tawau Sabah, Persatuan Tarian Singa Fatt Chun Sabah, Papar Hong Theng Dragon & Lion Dance Club, Persatuan Tarian Singa SJK (C) Yuk Chin Tawau Sabah, Persatuan Tarian Naga & Singa (Feng Sheng) Tambunan Sabah, Nan Bang Lion Dance, Persatuan Penganut Dewa Tian Fa Wei Ling Tian Fa Kung Keningau, Persatuan Tarian Naga dan Singa A (Feng Sheng) Tambunan, Persatuan Bekas Murid SJK (C) Yuk Vhoi Lahad Datu, Persatuan Tarian Naga dan Singa Thian You Sabah, Chee Yee Khor Uplifting Sosiety Lahad Datu, Kelab Tarian Singa Hong Teck Kota Kinabalu dan Persatuan Tarian Singa dan Naga Keong Fatt Sabah.


Victor, ketika berucap di majlis itu berkata, kejohanan itu tidak hanya memberi peluang kepada peserta untuk menghargai keindahan seni dan budaya, tetapi juga mengeratkan hubungan antara kaum, seterusnya memperkukuh perpaduan di antara masyarakat pelbagai kaum.


"Melalui acara seperti ini, kita dapat melihat betapa pentingnya penghargaan terhadap pelbagai budaya yang ada, dan menghormati keunikan masing-masing," katanya yang juga tetamu kehormat turut diberi penghormatan menyempurnakan majlis persamian pertandingan itu.


Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur kejohanan itu, kerana telah berusaha gigih dalam memastikan kelangsungan acara itu berlangsung.


Victor berkata, kejohanan ini bukan hanya tentang persaingan, tetapi juga tentang memperkukuhkan semangat kerjasama dan memperkenalkan tradisi ini kepada generasi muda, agar ia tidak dilupakan.


"Kepada para peserta, saya mengucapkan tahniah di atas semangat dan usaha yang telah anda

tunjukkan dalam mempersiapkan diri untuk pertandingan ini.


Saya percaya anda semua telah memberikan persembahan terbaik anda dan menjadikan kejohanan ini sebagai satu platform untuk menunjukkan bakat serta kreativiti yang ada dalam diri anda," katanya.


Sambil teruja dapat menaja kejohanan itu, Beliau berharap kejohanan itu dapat diteruskan lagi pada masa akan.

"Semoga kejohanan ini menjadi satu acara yang memberi manfaat kepada semua, serta

memperkaya lagi khazanah seni dan budaya negeri Sabah," katanya.


Sementara itu, Ben Adner Basal Bullah Ganggal, Pengerusi Penganjur Pertandingan Lion Dance High Pole Piala Dato Victor P. Paut 2025 mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Victor di atas kemurahan hati menjadi penaja utama penganjuran High-Pole Lion Dance Competition Dato' Victor Cup 2025.


"Ia sekaligus menjadi sebahagian besar daripada sejarah penganjuran pertandingan seumpama ini yang julung kali diadakan di daerah Tambunan sejak Sabah merdeka," katanya.


Ben Adner juga mengucapkan terima masih kepada Master Siow Ho Phiew yang merupakan Pengasas Pertubuhan Hong Teik Malaysia kerana memberikan kepercayaan bagi ahli jawatankuasa penganjur di Tambunan untuk melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page