Tanah runtuh Di Ulu Sibuga
17 Januari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN - Penduduk sebuah rumah di Ulu Sibuga, Batu 5, Sandakan dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di belakang rumahnya pada Jumaat lalu membuat panggilan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan untuk bantuan selanjutnya.
Menerusi satu kenyataan di Sandakan, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sandakan, Sulaiman Salama, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu pada jam 9.55 pagi yang memaklumkan berkenaan kejadian itu.
Jelasnya, seorang pegawai dan 3 anggotanya digerakkan ke lokasi untuk membantu penduduk yang terlibat.
Setibanya di lokasi, pasukan itu kemudian memantau dan menasihati penduduk agar untuk berjaga-jaga dan meminta untuk menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan jika terdapat sebarang kejadian yang tidak di ingini.
Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilapor berlaku dalam kejadian itu.
Sementara itu, pihaknya juga memberi respon terhadap pokok tumbang di Jalan Batu Putih, Sandakan dan membantu memotong serta mengalihkan pokok itu dan memastikan jalan itu dapat dilalui semula.
APM Sandakan juga meneruskan pemantauan banjir atau kawasan yang dikenalpasti dinaiki air susulan hujan lebat sejak kelmarin.
Comments