top of page
nabalunews

Tanaman musnah diserang gajah, pekebun kecil Sabah perlu diberikan subsidi


19 November 2024


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah diminta mempertimbangkan pemberian subsidi untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang berdepan masalah tanaman rosak akibat serangan haiwan liar seperti gajah Pygmy Borneo.


Ketika membangkitkan cadangan itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata penduduk di kawasan Tongod berhadapan dengan ancaman hidupan liar apabila gajah Pygmy Borneo sering merosakkan tanaman mereka.


Masiung berkata, isu serangan gajah itu antara perkara yang dibangkitkannya dalam ucapan perbahasan Belanjawan Sabah 2025 mengenai bantuan yang boleh diberikan kepada pekebun yang menjadi mangsa hidupan liar terbabitm


"Kita mengutarakan dalam persidangan lalu supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian mengkaji adakah bantuan atau subsidi perlu diberikan kepada pekebun yang menjadi mangsa hidupan liar ini dan jawpan dulu bahawa tiada subsidi.


"Kita sedia maklum pekebun ini mengharapkan padi, kelapa sawit sebagai sumber ekonomi mereka. Tetapi padi belum masak, belum dituai gajahlah dulu yang tuai, kelapa sawit belum cukup besar, belum berbuah, gajah yang tolong menumbak dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa, lapor Sinar Harian.


Menurutnya, akibat perkara itu, pekebun telah hilang punca pendapatan kerana itu saja sumber ekonomi di kawasan Tongod.


"Perkara ini sering berlaku sejak empat tahun kebelakangan ini dan ia berlaku hampir setiap tahun.


"Jadi saya mahu mesti wujudkan satu tanda kepriatinan iaitu subsidi untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang berhadpaan dengan bencana yang bukan disebabkan kita sendiri mahu tetapi akibat daripada haiwan liar ini.


"Tidak adil kepada masyarakat kita sebab mereka hanya diajar untuk menghalau, kalau mereka bunuh mereka ditangkap kerana haiwan ini dilindungi," katanya.


Sehubungan itu, beliau sekali lagi berharap kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi pekebun di kawasannya termasuk memberikan subsidi untuk mereka.

Comments


bottom of page