#TangkapAzamBaki trending di Twitter
22 Januari 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Tanda pagar #TangkapAzamBaki trending di Twitter setelah perhimpunan aman yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk meletakkan jawatan dilakukan kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, hari ini.
Setakat pukul 4 petang, tanda pagar itu telah diciap hampir 92,000 kali.
Sebelum itu, lebih ratusan peserta perhimpunan diarah untuk berpatah balik ke arah stesen LRT berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi selepas berarak lebih 600 meter dari kawasan itu sejak jam 11 pagi.
Bagaimanapun, kumpulan aktivis tersebut akur dengan arahan pihak polis untuk tidak meneruskan perarkan mereka ke Masjid Negara.
Sepanjang tempoh perhimpunan tersebut, tidak ada sebarang insiden tidak diingini telah berlaku.
Difahamkan, kebanyakkan peserta perhimpunan tersebut disertai lebih daripada 35 badan bukan kerajaan (NGO) dan enam parti politik termasuk PKR, DAP, Amanah, Pejuang, Muda dan Warisan.
Akhirnya pada jam 12.45 tengah hari, peserta perhimpunan tersebut mula bersurai secara berperingkat.
Comments