top of page
Wartawan Nabalu News

TEKUN Nasional santuni usahawan di Kundasang


31 Ogos 2023 Oleh Wartawan Nabalu News


KUNDASANG: TEKUN Nasional telah mengadakan program walk about dan perjumpaan usahawan bersama ahli lembaga amanah tekun nasional di pekan Kundasang, Ranau pada Rabu lalu.


Program ini bertujuan untuk mendekati para usahawan sekitar daerah Ranau dan memberi sokongan kepada usaha pembangunan usahawan dan koperasi di negeri ini.


Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Rogers Tiam, sempat melawat dan beramah-mesra dengan peniaga kedai dan gerai di sekitar pekan Kundasang bersama Rowindy Lawrence yang juga Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional serta rombongan TEKUN Sabah yang diketuai oleh Hemin Osumping.

Seterusnya, program diteruskan dengan majlis ringkas yang dihadiri seramai lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada pengerusi dan wakil persatuan perniagaan di daerah Ranau serta penerima pembiayaan.


Pada kali ini, terdapat sembilan orang penerima pembiayaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM49,000.


Dalam ucapannya, Rogers Tiam menyatakan sokongan kepada usaha Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick agar masyarakat di Sabah khususnya dapat memanafaatkan kemudahan-kemudahan yang ada di kementerian amnya dan TEKUN khasnya.

"Khusus buat penerima pembiayaan pada hari ini, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga suntikan modal ini akan dapat dimanafaatkan sebaiknya bagi tujuan mengembangkan perniagaan anda," katanya.


Beliau juga berharap agar para peniaga dan usahawan kita akan lebih kreatif dan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka secara konsisten.

Comentarios


bottom of page