top of page
  • Wartawan Nabalu News

TEKUN Nasional sasar jualan usahawan RM1 juta menerusi Karnival Tekun Madani Pulau Pinang

29 Jun 2024


SEBERANG JAYA: TEKUN Nasional agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mensasarkan jualan usahawan sebanyak RM1 juta menerusi Karnival TEKUN MADANI Negeri Pulau Pinang.


Karnival ini diadakan selama tiga hari bermula semalam (28 Jun), di SP Arena, Seberang Jaya, Pulau Pinang, dirasmikan  oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim.

 

TEKUN Nasional telah menyalurkan RM336.6 juta kepada 24,663 usahawan di Negeri Pulau Pinang sejak penubuhannya pada tahun 1998 sehingga Mei 2024.


Berdasarkan rekod, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 581,697 usahawan bernilai RM9.44 billion dalam tempoh yang sama di seluruh negara.

 

Penganjuran Karnival TEKUN MADANI merupakan inisiatif TEKUN Nasional untuk memberi ruang dan peluang kepada usahawan informal dan mikro serta rakan kolaborasi memasarkan produk serta perkhidmatan secara lebih meluas.


Ia juga merupakan platform perkongsian secara bersemuka mengenai inisiatif-inisiatif terkini keusahawanan dan koperasi seperti latihan, geran, produk pembiayaan yang disediakan oleh KUSKOP dan agensi dibawahnya.

 

Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini turut mensasarkan kehadiran seramai 80 ribu pengunjung.  

Bagi memeriahkan lagi karnival ini, sebanyak 100 unit gerai jualan usahawan  daripada usahawan TEKUN, usahawan agensi dan usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan menarik.

 

Antara aktiviti lain yang disediakan ialah pameran agensi KUSKOP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sesi Perkongsian Bersama Usahawan, Jual Sambil Berhibur Bersama Tik Tok, BIAYA Usahawan, Malam Berselawat, Pertandingan Mewarna, Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU), Zumba, Pertandingan Masterchef TEKUN, Cabutan Bertuah dan banyak lagi.  

 

Selain itu, pada kali ini TEKUN Nasional turut memberi pengiktirafan kepada 10 usahawan berjaya negeri Pulau Pinang.


Kriteria pemilihan ini berdasarkan prestasi perniagaan yang menunjukkan peningkatan selepas pembiayaan TEKUN Nasional diperolehi dan kaedah bayaran balik yang memuaskan.

 

KUSKOP berharap dengan pelaksanaan program ini dapat merancakkan aktiviti keusahawanan dan sosioekonomi setempat khususnya di Seberang Jaya seterusnya akan meningkatkan daya saing usahawan tempatan.


Ini selaras dengan hasrat dan kerangka visi MALAYSIA MADANI di bawah tonggak “kesejahteraan” yang membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan bagi memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Comments


bottom of page