top of page
nabalunews

TEKUN terus dekati usahawan agar mereka terus maju ke hadapan




19 Disember 2024


RANAU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional terus mendekati usahawan di seluruh pelusuk Sabah bagi memberi dorongan dan galakan agar mereka terus cekal dan konsisten untuk maju ke hadapan.


Pada Khamis, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional, Rogers Tiam turun padang mendekati usahawan di Perjumpaan Setempat Ahli TEKUN (PSAT) di Kampung Bundu Tuhan di sini untuk berbincang mengenai

isu-isu berkaitan keusahawanan, berkongsi idea dan pandangan, seterusnya memberi dorongan dan galakan agar mereka terus cekal dan konsisten untuk maju ke hadapan.


Pada Mei lalu, Rogers telah mengambil inisiatif untuk membawa penduduk kampung ini bagi menghadiri taklimat oleh TEKUN Ranau dan atas permintaan kumpulan ini yang diketuai oleh Abraham Ladsou, TEKUN Ranau telah berusaha memberikan bimbingan sehingga tertubuhnya PSAT di Kampung Bundu Tuhan.


Pada masa ini keahlian di PSAT ini adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada 9 wanita dan 6 lelaki.


"Pemilihan kerjaya sebagai peniaga atau usahawan memang mencabar, sebab itu lah para usahawan ini perlu di bimbing secara berterusan agar mereka berilmu dan lebih kreatif memajukan perniagaan masing-masing," kata Rogers.


Beliau menyarankan agar perjumpaan PSAT ini dimanafaatkan dengan penyampaian ilmu perniagaan dan bimbingan untuk perkembangan minda keusahawanan di kalangan ahli.


"Mudah-mudahan mereka maju ke hadapan dalam perniagaan yang mereka ceburi," katanya.


Sementara itu, Rogers juga berpesan kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka agar berurusan dengan TEKUN atau agensi pembiaya kerajaan bagi kemudahan pembiayaan perniagaan mereka.


Rogers mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang hadir.

Opmerkingen


bottom of page