Temuduga terbuka Program Pra Diploma Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah
28 Disember 2024
SANDAKAN: Temuduga terbuka Program Pra Diploma Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah akan diadakan pada Isnin dan Selasa (30 dan 31 Disember) di Perpustakaan Wilayah Negeri Sabah Cawangan Sandakan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Menerusi satu kenyataan di Sandakan pada Sabtu, Timbalan Rektor, Hal Ehwal
Akademik UiTM Sabah, Prof Ts Dr.Imbarine Bujang, berkata, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk memohon program itu boleh datang di lokasi itu mengikut ketetapan berkenaan.
Jelasnya, pemohon yang hadir perlu membawa salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran masing-masing-masing, ibu dan bapa, salinan sijil keputusan SPM serta salinan slip gaji atau penyata pendapatan ibu dan bapa.
Program ini juga antara jelajah pendidikan UiTM menerusi program berkenaan yang juga memberi peluang lepasan SPM melanjutkan pengajian dengan kelayakan masing-masing.
Tambahnya, semua lepasan SPM yang berminat dijemput hadir ke program dua hari itu di Sandakan dengan membawa dokumen yang diperlukan untuk rujukan selanjutnya.