top of page

Tiada Sekatan Perjalanan Baharu Ke Atas Rakyat Malaysia

nabalunews


26 Mac 2025


PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menegaskan tiada sebarang sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, dakwaan berhubung perkara berkenaan menerusi sebuah platform perkongsian video, adalah tidak benar.


Katanya, video berkenaan mengelirukan dengan secara palsu mendakwa bahawa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu kepada rakyat Malaysia.


“Kementerian menegaskan bahawa dakwaan ini adalah sama sekali tidak benar.


“Sehingga kini, tiada sebarang perubahan terhadap dasar visa yang menjejaskan rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan,” katanya.


Menurutnya, kementerian telah membuat laporan polis dan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada.


Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat perjalanan yang tepat dan terkini.


"Kementerian kekal komited dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat tepat serta dilindungi ketika berada di luar negara," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page