top of page
  • nabalunews

Tidak semua kilang di Sandakan mengalami masalah bekalan air dan elektrik - Phoong

21 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN: Tidak semua kilang di Sandakan mengalami masalah bekalan air dan elektrik.


Sebaliknya, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, hanya segelintir sahaja yang mengalami masalah sedemikian.


Sehubungan itu katanya persepsi bahawa semua kilang di daerah ini mempunyai masalah itu seharusnya tidak wujud.


Ini kerana melalui tinjauan beliau sendiri, hanya segelintir pengusaha menyatakan hal itu kepadanya semasa melakukan

Jelajah Santuni Industri Tempatan MIDE di Sandakan semalam dan hari ini.


Phoong berkata demikian pada sidang media sejurus melawat 15 kilang di Sandakan menerusi siri jelajah itu bersama Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.


Pada Jumaat, Phoong dan Vivian juga mendengar taklimat daripada Sabah Electricity Sendirian Berhad di Sandakan berkenaan situasi bekalan elektrik di daerah itu.


Sementara itu, Phoong yakin Sandakan juga mampu menjadi antara pengeksport di Sabah melalui kilang yang ada dengan produk masing-masing sekaligus menyumbang kepada usaha meningkatkan logistik dan ekonomi eksport negeri.


Mengenai Jelajah Santuni Industri Tempatan, MIDE menyasarkan untuk melawat 50 kilang seluruh negeri menjelang hujung tahun ini. 


Ketika ini, pihaknya sudah melawat 35 kilang di beberapa daerah di Sabah.

Commentaires


bottom of page