top of page

Tiga Adun Warisan keluar parti, sokong kepimpinan Hajiji

Wartawan Nabalu News

6 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.


Adun itu ialah Norazlina Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor).


Norazlina berkata: "Kepada ahli dan penyokong Parti Warisan khususnya dan rakyat Sabah, setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira halatuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili.


“Maka kami dengan ingin mengisytiharkan keluar Parti Warisan dan memilih berkhidmat sebagai Adun Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik  kepada masyarakat yang kami wakili,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Norazlina turut merakamkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada Presiden Parti Warisan serta rakan sepimpinan dan penyokong parti.


“Dengan itu kami melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat ahli majlis tertinggi.


“Kami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat,” katanya.


Mereka menyatakan komitmen untuk bekerja bersama-sama Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page