top of page

Tiga beranak diselamatkan dalam banjir di Beluran

nabalunews

27 Februari 2025


BELURAN: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam banjir di Kampung Kemansi, berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) petang tadi.


Menurut Komander Operasi PB Safuddin Saridin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari sebelum mengerahkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran ke lokasi sejauh 50 kilometer.


“Pasukan bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat segera menjalankan operasi pemindahan menggunakan bot NADMA.


“Ketiga-tiga mangsa, iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dan seorang kanak-kanak lelaki, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan SMK Pamol dalam keadaan selamat,” lapor Bomba Sabah dalam satu kenyataan.


Operasi tamat pada jam 3.12 petang, dan pihak berkuasa akan terus memantau situasi banjir dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page