Tiga mangsa cedera dalam kemalangan jalan Keningau-Kimanis
21 Januari 2025
KENINGAU: Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Vigo terbabas di bahu jalan dalam insiden kemalangan yang berlaku di Jalan Keningau-Kimanis pada jam pagi Isnin.
Menurut laporan, kejadian tersebut melibatkan tiga mangsa yang berjaya keluar sendiri dari kenderaan.
Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 65 tahun, seorang wanita berusia 59 tahun, dan seorang wanita berusia 26 tahun, yang semuanya mengalami kecederaan ringan.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau yang diketuai oleh PBK II Leong Hoi Min tiba di lokasi pada jam 11:21 pagi bersama 11 anggota.
“Pasukan EMRS Bomba memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Keningau menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 11:42 pagi,” kata kenyataan Bomba Sabah.
Comments