top of page

Tiga parah, dua cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Tambunan-Ranau

  • nabalunews
  • Jan 14
  • 1 min read



13 Januari 2025


TAMBUNAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 40 meter di Kampung Tonop, Jalan Tambunan-Ranau, hari ini, mengakibatkan tiga mangsa parah termasuk dua wanita.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Penolong Penguasa Bomba Mitchell Francis George, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 12.06 tengah hari.


“Setiba di lokasi kejadian, didapati kenderaan tersebut terbabas sendiri dan lima mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan kami,” katanya.


Mangsa yang parah terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun serta dua wanita berusia 35 dan 55 tahun, manakala dua lagi lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan ringan.


Beliau berkata pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal sebelum semua mangsa dihantar ke Hospital Tambunan.


“Tiada operasi menyelamat dilakukan kerana semua mangsa telah dikeluarkan. Kami hanya menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain di lokasi. Operasi ditamatkan pada jam 1.13 tengah hari,” tambahnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page