top of page

Tiga Penerima Sumbangan Program I Care Kadamaian.

nabalunews

12 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian terus menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat dengan menyerahkan tiga katil boleh laras kepada penerima di Kampung Podos, di sini, semalam.


Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin berkata, tiga penerima adalah pesakit buah pinggang, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.


Katanya, sumbangan ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan berkolaborasi dengan pejabat ADUN Kadamaian.

“Selain pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), ia juga mendapat sokongan Kelab Kebajikan Kadamaian dalam mengenal pasti penerima yang layak.


“Kerjasama semua pihak ini dapat memastikan penghantaran dan pemasangan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui, semalam.


Turut hadir, petugas Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Shainim Epin.

Joel berkata, ini adalah inisiatif ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menerusi YBR sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)..


“Program seperti ini membuktikan komitmen Ewon dan pasukannya dalam memastikan kebajikan rakyat Kadamaian terus terjaga,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page