Titah adendum: Tidak wajar ulas secara terbuka - PM
top of page
nabalunews

Titah adendum: Tidak wajar ulas secara terbuka - PM





11 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu kewujudan titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka di Dewan Rakyat atas alasan subjudis.

 

Anwar berkata Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu berkaitan titah adendum tersebut dan Jabatan Peguam Negara turut menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

 

"Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membolehkan (dibahaskan). Oleh itu, seperti yang dinyatakan Peguam Negara, kita perlu menghormati dan memberi kepercayaan kepada institusi undang-undang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa, lapor Bernama.

 

Takiyuddin meminta penjelasan mengenai kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Jan 2024 melibatkan permohonan pengampunan Najib.

 

Anwar berkata sebagai seorang peguam berpengalaman, Takiyuddin sepatutnya mengetahui bahawa tidak wajar untuk mengulas isu yang sedang dalam prosiding mahkamah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page