top of page

Touch Point Kelahiran Disampaikan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

21 April 2025


KOTA BELUD: Pembangunan sosial dan kebajikan masyarakat terus menjadi keutamaan pemimpin setempat.


Pada hari ini, Anichlose Kesimin, Pemaju Mukim N11 Kadamaian, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah menyampaikan Touch Point Kelahiran kepada Muhammad Mirza Aulia Bin Saifuddin.


Majlis tersebut berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian di sini, pagi tadi.


Kehadiran Anichlose Kesimin dalam majlis ini menunjukkan komitmen PKAN11 dalam menjaga kebajikan rakyat dan menghargai setiap keluarga yang menerima kelahiran anak mereka.


Muhammad Mirza Aulia yang baru dilahirkan adalah anak kepada Saifuddin Kasa. Beliau kelihatan amat bersyukur dan terharu atas penghargaan yang diberikan.


Saifuddin, bapa kepada bayi tersebut, menyatakan rasa terima kasih kepada pihak Ewon atas keprihatinan dan sumbangan Touch Point Kelahiran.


“Ini adalah penghargaan besar buat kami, dan kami amat bersyukur atas pemberian ini,” ujar beliau dalam ucapan ringkas selepas menerima sumbangan tersebut.


Acara ini turut mencerminkan usaha berterusan dalam mendekatkan diri dengan masyarakat dan menyampaikan bantuan kepada keluarga di kawasan N11 Kadamaian. Ia juga memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat demi kesejahteraan bersama.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page