top of page

Toyota Putatan Raikan Pelanggan Sempena Chap Goh Mei

nabalunews

Lawarence (tengah) bergambar bersama warga kerja Toyota Putatan pada majlis Tahun Baru Cina   di Putatan kelmarin
Lawarence (tengah) bergambar bersama warga kerja Toyota Putatan pada majlis Tahun Baru Cina di Putatan kelmarin

13 Februari 2025


PUTATAN: Toyota Putatan berjaya menganjurkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dengan meriah sempena Chap Goh Mei, bagi meraikan kemakmuran, kegembiraan dan kebersamaan.


Disamping menikmati kemeriahan suasana persembahan tarian singa, para hadirin juga berpeluang melihat pameran menarik model terbaharu kenderaan Toyota.


Acara Tahun Baru Cina itu turut dimeriahkan dengan para tetamu mengambil bahagian dalam tradisi lambungan 'yee sang', melambangkan kelimpahan, kemakmuran, dan nasib baik untuk tahun hadapan.


Pengarah Urusan Harapan Menang, Lawrence Wong ketika ditemui berkata, Toyota Putatan telah berbangga berkhidmat kepada masyarakat selama lebih 20 tahun.


Katanya, mereka sememangnya terkenal dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan kenderaan berkualiti tinggi.


“Toyota Putatan merupakan pengedar pertama kenderaan itu yang menyediakan ruang pameran di tingkat satu yang inklusif dilengkapi penghawa dingin.


"Ruang pameran ini direka cukup indah bagi memberi kemudahan yang inklusif dan keselesaan yang lebih baik kepada pelanggan kami," katanya.


Lawrence menyatakan keyakinan bahawa reka bentuk ruang pameran Toyota Putatan bukan sahaja yang terbaik di Malaysia malah setanding di Asia.


"Saya mencipta ruang pameran seumpama ini kerana mahu menyediakan keselesaan yang terbaik kepada pelanggan kami.


"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page