top of page
  • nabalunews

TPM Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Latif Romly


8 September 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly yang meraih pingat perak acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual), di Sukan Paralimpik 2024 Paris.


“Meskipun dipintas di saat akhir, namun pingat perak dalam acara lompat jauh T20 dengan jarak 7.45 meter adalah satu pencapaian yang amat membanggakan buat Malaysia. Anda inspirasi kami semua!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Pada acara itu, Latif Romly terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan 7.45 meter (m) pada percubaan ketiga, manakala lompatan terakhir Matvei Iakushev sejauh 7.51m menyaksikan Atlet Paralimpik Neutral itu, merampas emas darinya yang diraih sejak Rio 2016 diikuti Tokyo 2020.

Comments


bottom of page