top of page

Tujuh laluan ditutup

nabalunews

Antara laluan yang ditutup akibat dilanda banjir
Antara laluan yang ditutup akibat dilanda banjir

30 Januari 2025


KOTA KINABALU: Tujuh laluan dilaporkan ditutup untuk semua jenis kenderaan ekoran bencana banjir dan tanah runtuh membabitkan lima daerah, setakat pagi tadi.


Antara laluan utama terlibat adalah di daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas dan Keningau.


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, bagi daerah Kota Marudu, laluan ditutup di Kilometer (KM) 0.0 – KM 0.5 Jalan Rakit dan KM 0.0 – KM 0.9 Jalan Damai akibat dinaiki air.


Manakala katanya, satu lagi jalan ditutup ialah di KM 6.4 Jalan Marak Parak disebabkan berlakunya insiden tanah runtuh.


“Di Kota Belud, laluan yang ditutup setakat ini ialah di KM 2.8 – KM 3.0 Jalan Sumbilingon – Pituru Laut akibat banjir.


“Satu cerun runtuh pula dilaporkan berlaku di KM 1.1 Jalan Telupid – Tongod di Telupid menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.


“Bagaimanapun, ada jalan alternatif yang boleh dilalui untuk ke Tongod iaitu Jalan Tapang – Singgahmata,” katanya, di sini, hari ini.


Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, bagi daerah Pitas, satu laluan ditutup akibat banjir setakat ini iaitu di KM 4.4 Jalan Pinapak.


Manakala katanya, bagi daerah Tenom, laluan yang ditutup ialah di KM 3.4 Jalan Tenom Batu 28 Mempikit akibat tebing runtuh.


“Pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati laluan berkenaan sangat berbahaya dan tidak selamat dilalui kenderaan,” katanya.


Sementara itu, Shahelmey berkata, sebanyak 49 laluan lagi dikenal pasti terjejas akibat banjir dan tanah runtuh kecil di seluruh negeri, namun masih dibuka dan boleh dilalui kenderaan.


“Laluan yang paling banyak terjejas ialah di Kota Marudu iaitu sebanyak 16 laluan, diikuti Kota Belud dan Beluran, masing-masing sebanyak sembilan laluan.


“Selebihnya sebanyak lima laluan di Kinabatangan, masing-masing tiga laluan di Lahad Datu, Ranau, Keningau dan Pitas, dua laluan di Telupud serta masing-masing satu laluan di Beaufort, Sandakan dan Paitan,” katanya.


Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir, selain tanah runtuh dengan seramai 2,260 mangsa banjir daripada 719 keluarga dipindahkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di Sabah setakat pagi Khamis.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page