top of page
  • nabalunews

Tun Juhar terima pangkat kehormat Laksamana Muda Maritim


14 September 2024


KOTA KINABALU: Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Juhar Mahiruddin telah dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam.


Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, penganugerahan pangkat kehormat ini telah melakar sejarah tersendiri apabila ia julung kali dianugerahkan kepada seorang Yang Di-Pertua Negeri.


Ujar beliau lagi, penganugerahan pangkat kehormat ini adalah sebagai tanda penghargaan pihaknya kepadaTun Juhar serta kerajaan negeri Sabah atas sokongan penuh kepada Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terpelihara.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pemakaian pangkat kehormat berkenaan di Istana Seri Kinabalu semalam.


Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat kehormat itu adalah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.


Datuk Saiful dalam pada itu turut merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Tun Juhar kerana sudi menerima pangkat kehormat daripada Maritim Malaysia.

Comments


bottom of page