top of page
nabalunews

Tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah tidak masuk akal – Azalina




13 November 2024


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan bahawa tuntutan kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk menyewakannya kepada negara lain, adalah tidak masuk akal dan akan ditentang oleh Malaysia.


Azalina menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan merdeka sejak 1957, dengan Sabah menjadi sebahagian daripadanya melalui Cobbold Commission dan referendum yang dijalankan.


"Tapi kita negara berdaulat dan merdeka pada 1957 dan Sabah sebahagian daripada kita. Kita ada Cobbold Commission dan Referendum. Jadi, bila dia cakap perkara-perkara semua yang pada saya tidak masuk akal, tapi sebagai peguam dia ada hak.


“Kalau dia rasa anak guam dia ada hak... itu percakapan dia, tapi jawapan saya... cubalah, kita akan lawan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kuala Lumpur Forum on International Arbitration 2024, lapor Berita RTM.


Kenyataan Azalina adalah sebagai respons kepada peguam utama kumpulan Sulu, Paul Cohen, yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai satu keputusan yang “makan diri sendiri,” kononnya memberi kebebasan untuk kumpulan itu mengambil tindakan ke atas Sabah.

Comments


bottom of page