Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen Sabah dan Sarawak di peringkat perundangan
10 November 2024
KUCHING: Usaha tuntutan satu pertiga kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak kini sedang melalui peringkat perundangan dengan melibatkan beberapa badan perundangan utama negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menjelaskan bahawa perbincangan sedang berlangsung antara Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Negeri Sarawak, dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah untuk mencapai persetujuan.
Namun, beliau menjangkakan persempadanan semula ini mungkin tidak sempat dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang akan datang.
“Saya berasakan ia tidak sempat kerana banyak prosedur yang perlu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Ia perlu diwartakan kemudiannya dibawa ke Parlimen bagi tujuan pindaan,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Lan Berambeh Petra Jaya sempena Takaful Masuk Kampung Samariang Batu di sini, lapor Berita RTM.
Comentarios