top of page

Ugut Pesara, Warga Emas Ditahan Polis

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


21 April 2025


TAWAU: Seorang lelaki warga emas ditahan selepas dilaporkan mengugut untuk mencederakan dan membunuh seorang pesara menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.


Lelaki berusia 65 tahun ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sebuah rumah di kawasan Taman Semarak, di sini.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan susulan polis yang diterima daripada seorang pesara berusia 67 tahun.


Katanya, mangsa mendakwa menerima mesej berunsur ancaman daripada suspek menerusi pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.


“Siasatan awal mendapati suspek menghantar mesej yang mengandungi ugutan serius terhadap mangsa termasuk ancaman untuk mencederakan dan membunuh pihak tertentu.


“Suspek warga tempatan ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menggunakan komunikasi bertulis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, tiada sebarang rampasan atau kerugian harta dilaporkan dan suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page