top of page
nabalunews

UMBW DOUBLESHOT menjuarai Surprise Supreme Jackpot Double Dart GSSA Tertutup Kota Belud




13 Oktober 2024


KOTA BELUD: Sebanyak 32 pasukan bersaing dalam pertandingan Suprise Supreme Jackpot Double Dart GSSA Tertutup Kota Belud pada Jumaat, 11 Oktober lalu, bertempat di Gerai Sinalau Si Aki, Tamu Darat Kadamaian, Kota Belud.


Pertandingan ini dianjurkan Kelab GSSA (Gerai Sinalau Si Aki) sebagai tanda penghargaan kepada semua pemain, pasukan, dan pengunjung yang sentiasa memberi sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh GSSA selama ini.


Penganjur, Eddy Bakait berkata juara menerima hadiah wang tunai RM500, manakala naib juara menerima RM250, dan tempat ketiga bersama (joint 3/4) masing-masing menerima RM125.


Peserta yang berada dalam kelompok lapan terbaik pula menerima saguhati berupa hamper.


Lebih menarik, penyertaan untuk acara ini adalah percuma.


UMBW DOUBLESHOT (Jamil dan Dandan) muncul gandingan terbaik dari kalangan 32 pasukan yang bertanding apabila merangkul kejuaraan.


Manakala pasukan DIDC BONGOL (Lexus dan David) menduduki tempat kedua.


Pasukan UMBW OJ (Obon dan Jojo) serta BAPA BUDAK (Eddy dan Kilos) berkongsi tempat ketiga.


Penganjur bersama dan pemilik gerai GSSA, Frankey Sukor, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta serta individu yang telah memberikan sumbangan, sama ada dari segi material, kewangan, atau tenaga dalam menjayakan acara ini.


Ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Frankey menambah

bahawa tidak mustahil acara seperti ini akan diteruskan di masa akan datang kerana konsepnya adalah keunikan utama pertandingan ini.


"Seperti namanya, ia sememangnya satu pertandingan kejutan," ujarnya dengan penuh semangat.

ความคิดเห็น


bottom of page