top of page

UMS Sandakan dalam peringkat pembangunan dua program baharu

nabalunews

27 Februari 2025


SANDAKAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan kini dalam peringkat pembangunan dua program baharu.


Perkara itu dijelaskan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee ketika sesi pertanyaan Dewan Rakyat, semalam.


Program itu adalah ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian (Perladangan Kepersisan Pintar) dan Program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian(Program Agropelancongan Lestari).


Dalam soalan yang dikemukakan, Vivian bertanya sama ada kementerian itu bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak kursus atau fakulti tambahan di kampus UMS Sandakan bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang sedia ada.


Vivian juga bertanya  jumlah pelajar yang mendaftar di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan bagi kemasukan sesi 2024/2025.


Menerusi jawapan bertulis Kementerian Pendidikan Tinggi, jumlah pelajar baharu prasiswazah yang telah mendaftar di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan pada sesi 2024/2025 adalah seramai 146 orang.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan pelajar prasiswazah pada ketika ini di UMS Sandakan adalah seramai 451 orang.


Buat masa ini, terdapat tiga program pengajian ljazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan iaitu ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Hortikultur Dan Landskap), ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Tanaman), dan ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Ternakan).


Selain itu, jawapan Kementerian Pendidikan Tinggi, pihak UMS juga telah meneliti keperluan fasiliti seperti kemudahan bilik kuliah dan ruang pejabat tambahan yang diperlukan.


Ia bagi menampung keperluan seiring dengan kemasukan pelajar baharu dan penambahan program baharu berkenaan.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page