UPKO Banggi Perkukuh Hubungan Antara Kaum Melalui Program Berbuka Puasa

25 Mac 2025
KUDAT: Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) bagi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi menganjurkan Program Ramah Mesra Sempena Berbuka Puasa di Bandar Kudat, semalam.
Dalam majlis itu, Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing turut menyampaikan Surat Pelantikan Ketua CLC UPKO Banggi kepada Ruslan Madisal, mantan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Sabah di Bahagian Pembangunan Murid.
Junsim berkata, beliau memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ruslan kerana memilih parti itu sebagai platform perjuangan politiknya.

Katanya, kemasukan Ruslan dijangka akan memperkukuhkan sokongan masyarakat terhadap UPKO, khususnya di Pulau Banggi, yang merupakan kawasan penting dalam landskap politik tempatan.
“Sokongan terhadap UPKO Banggi jelas kelihatan apabila seramai 50 orang penyokong dari Pulau Banggi hadir bagi mengiringi dan memberikan semangat kepada Ruslan.
“Dengan pelantikan ini, UPKO Banggi optimis bahawa hubungan antara kaum serta jaringan politik di kawasan itu akan menjadi lebih kukuh,” katanya.
Turut hadir Pengerusi CLC UPKO Kudat, Mohd. Ashraf Abdullah Chin, Alex Chong Kee Min wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kudat, dan wakil pemimpin Amanah Kudat.
Menurutnya, usaha ini selaras dengan misi parti dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat Sabah.
Comments