top of page

UPKO Kg Dudar Laut anjur gotong royong Baik Pulih Pondok Perkuburan Kristian

nabalunews

26 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ketua Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Dudar Laut, Jasni Tarindak, telah menganjurkan gotong royong bagi membaik pulih pondok perkuburan Kristian di kampung tersebut. Aktiviti ini berlangsung pada 25 Februari 2025, dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang, dengan penyertaan aktif dari komuniti kampung.


Pondok perkuburan ini dibina pada tahun 2020 dengan peruntukan daripada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian. Untuk gotong royong kali ini, peruntukan sebanyak RM3,000 telah disalurkan melalui program Touch Point yang dipimpin oleh Datuk Ewon Benedick.


Penyerahan sumbangan tersebut diwakili oleh Pegawai Perhubungan UPKO Pintasan Kota Belud, Adlan Kuluput, yang telah meninjau pelaksanaan gotong royong seminggu sebelum itu dan turut hadir pada hari berkenaan untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.


Gotong royong ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dalam komuniti, tetapi juga menyerlahkan semangat kerjasama dan keprihatinan dalam menjaga kemudahan awam di kampung ini.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page