top of page

UPKO Kota Belud hadiri mesyuarat agung tahunan Pemuda, Wanita, Beliawanis PGRS Kadamaian

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 17, 2023
  • 1 min read

17 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bahagian Kadamaian sebagai tanda sokongan dan kerjasama terhadap parti itu.


Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Beliawanis PGRS itu yang diadakan di Dewan Gopog Taginambur, baru-baru ini, dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PGRS Kadamaian, Roslan Deraman.

Wakil UPKO yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran bersama AJK pemuda dan Ketua Pemuda PBS Kadamaian, Melon Yaming.


Dalam MAT tersebut ketua-ketua sayap parti PGRS Azri Kamsah (pemuda), Rachel Tanggau (Wanita) dan Noni Gompuhar (Beliawanis) mengekalkan jawatan masing-masing tanpa cabaran.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page