UPKO Kota Belud Mantapkan Jentera Pilihan Raya Tambulion
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

20 April 2025
KOTA BELUD: Dalam usaha memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud terus mengadakan Mesyuarat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambulion, di sini.
Antara perbincangan Mesyuarat penting ini berlangsung di Ginorowong Cafe, Tambulion dan menjadi platform strategik untuk penyusunan jentera pilihan raya parti.
Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin, menegaskan bahawa mesyuarat ini bertujuan menyusun struktur dan strategi jentera bagi menghadapi PRN17 yang semakin hampir.
Katanya, beliau turut memberi taklimat terperinci kepada para ketua cawangan berkaitan pelaksanaan jentera di peringkat akar umbi.
“Antara keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat tersebut adalah persetujuan sebulat suara untuk mengekalkan Pemangku Ketua PDM Tambulion sedia ada.
“Langkah ini diambil sebagai usaha mengekalkan kesinambungan dan kelancaran gerak kerja menjelang pilihan raya,” katanya.
Carlye berkata, pembentukan jentera PRN17 akan memfokuskan kepada tiga cawangan utama iaitu Cawangan Kampung Tambulion Ulu, Tambulion Laut, dan Luminodip.
Katanya, pembahagian ini dilihat penting bagi memastikan setiap kawasan mempunyai perancangan tersusun dan tanggungjawab yang jelas dalam menyampaikan mesej serta dasar parti kepada pengundi.
“Pperanan akar umbi amat penting dan UPKO percaya pendekatan menyeluruh serta inklusif akan memberi kelebihan dalam mendekati rakyat serta memperkukuh kepercayaan terhadap parti.
“Sokongan mereka memperlihatkan kesatuan dan komitmen untuk memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat,” katanya.
Carlye berkata, semangat kerjasama dan strategi yang mantap menjadi kunci utama dalam memastikan UPKO terus relevan dan mampu memberi saingan hebat pada pilihan raya akan datang.
Comentarios