top of page

UPKO Kota Kinabalu santuni warga kerja, pesakit Hospital Mesra

Wartawan Nabalu News

28 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


LUYANG: UPKO Bahagian kota Kinabalu menyertai Majlis Malam Silaturahim Hospital Mesra Bukit Padang (HMPB) semalam.


Antara aktiviti yang di jalankan dalam program tersebut adalah menghidang bubur lambuk kepada para pesakit di hospital tersebut.


Program ini melibatkan beberapa wad antaranya wad forensik dan wad kronik. Aktiviti ini diketuai oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HMBP Datuk Dr Christina Rundi bersama warga kerja HMBP.


Rombongan UPKO Kota Kinabalu di wakili oleh Dennison R Indang Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Rowindy Lawrence Naib Ketua Bahagian I Kota Kinabalu dan Arfandi Ketua Penerangan Upko kota Kinabalu.


HMBP juga akan mengadakan Seminar Bijak IbuBapa,keluarga Bahagia pada 23hb April 2024 ini, di mana program ini merangkumi Bengkel isu cedera & bunuh diri, Ketagihan gajet, pengurusan emosi, asas keibubapaan dan banyak lagi. Masyarakat yang berminat bolehlah segera menghubungi Hospital Mesra bukit padang untuk slot.


Menurut warga kerja HMBP, para pesakit turut dilatih untuk belajar berdikari. Mereka juga diberi peluang untuk menjadi pekebun dan sebagainya bagi mengisi masa-masa lapang mereka.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page