top of page
Wartawan Nabalu News

UPKO Kota Marudu cadang kajian persempadanan semula Parlimen Kota Marudu


Ewon (kiri) dan Jamil (kanan).

9 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu membentangkan sembilan usul antaranya kajian persempadanan semula Parlimen Kota Marudu.


Ketua Bahagiannya Jamil Majingkin berkata, kajian ini penting memandangkan, keluasan kawasan Parlimen Kota Marudu hampir sama dengan keluasan tiga buah negeri di Semenanjung.


“Oleh itu, Upko Kota Marudu mendesak agar  kajian persempadanan ini dibuat secepat mungkin,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan UPKO Bahagian Kota Marudu, di sini, hari ini.


Majlis penutupan mesyuarat itu disempurnakan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negrri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Jamil turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan bahagian itu atas kepercayaan yang diberikan kepadanya menerajui Upko Kota Marudu.


“Pada hari ini, saya telah diberikan mandat untuk menjadi Ketua Bahagian oleh barisan kepimpinan, bukan untuk jadi calon, tetapi tujuan kita adalah untuk memastikan kepimpinan Upko Kota Marudu terus diperkasakan,” katanya.


Beliau berkata, Kota Marudu mempunyai cabaran tersendiri yang perlu diperjuangkan demi kebaikan masyarakat setempat.

Comments


bottom of page