top of page

UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh

nabalunews

24 Mac 2025


KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Marudu menyokong Mesyuarat Tritahunan parti itu ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Ketua Bahagiannya, Jamil Majingkin berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bahagian yang diadakan baru-baru ini.


Katanya, sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara penting turut dibincangkan sebagai persiapan menjelang PRN17.



“Keputusan menangguhkan Mesyuarat Tritahunan dibuat selaras dengan keputusan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam mesyuarat baru-baru ini.


“Langkah ini bertujuan untuk memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung tahun ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Turut hadir, Ketua Pemuda UPKO Kota Marudu, Pillexson James dan Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC), Suzie Salapan.


Jamil berkata, mesyuarat turut membincangkan takwim tahunan termasuk perancangan aktiviti sepanjang tahun 2025.


Katanya, UPKO Kota Marudu akan terus bergerak progresif dalam menghadapi cabaran politik semasa.


"Semoga parti ini terus menjadi kekuatan kepada rakyat, khususnya di Kota Marudu, dalam menghadapi PRN17 dan memastikan kelangsungan perjuangan yang berteraskan hak serta kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page